Miliki Toyota Vios Sekarang

Toyota Vios telah mencuri tumpuan dengan reka bentuk hadapannya yang berbentuk sedikit agresif yang disertakan dengan gabungan lampu utama dan gril yang tajam serta bahagian bawah bampar depan yang lebih lebar. Terdapat tiga varian Toyota Vios yang ditawarkan iaitu 1.5J, 1.5E dan 1.5G yang didatangkan dengan jaminan lima tahun. Dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5-liter empat silinder dengan Dual VVT-I dan dipadankan dengan transmisi CVT serta Sport Sequential Shiftmatic tujuh kelajuan membuatkan Toyota Vios ini digemari ramai terutamanya golongan muda.

Sudah pastinya ciri-ciri keselamatan yang canggih turut disertakan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin. Ketiga-tiga varian ini disertakan dengan tujuh beg udara, ISOFIX, sistem Auto Door Lock, Vehicle Stability Control dan Traction Control, malah terdapat juga ciri tambahan iaitu Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA) bagi Toyota Vios varian E dan G.

Kunjungi dan pandu uji Toyota Vios di bilik pameran G-Mart Motor yang terletak di Kg. Melayu Subang dan jadikannya milik anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi G-Mart Motor di talian 03 7847 1385

Share this post

Scroll to Top