Pandu Cermat, Jiwa Selamat

Keselamatan adalah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika memandu. Bagi memastikan perjalanan lancar, para pemandu dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati terutamanya ketika musim perayaan yang bakal menjelang tiba. Misalnya, cuti perayaan Tahun Baru Cina pada 5 dan 6 Februari ini, sudah pasti ramai pihak yang memilih untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan telah diservis serta dalam keadaan baik dan ketika memandu, sentiasa berikan tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan anda. Jika tumpuan terhadap pemanduan terganggu, ia mampu untuk meningkatkan kebarangkalian kemalangan berlaku.

Hindari dari bermain telefon bimbit ketika memandu dan sentiasa menjaga jarak kenderaan anda. Pastikan pemanduan anda adalah mengikut had laju yang telah ditetapkan dan pakai tali pinggang keledar pada setiap masa. Berhenti di kawasan rehat jika berasa letih dan hanya meneruskan perjalanan setelah memperoleh rehat yang cukup. Hal ini sekaligus mampu menghindari pemandu dari tertidur ketika memandu dan mengelakkan kemalangan ngeri daripada berlaku dan seterusnya menyelamatkan nyawa ramai pihak.

INGAT ORANG TERSAYANG. PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Servis kereta Perodua anda di KJB AUTO SDN BHD (Kajang) 3S CENTRE

Hubungi talian 03 – 8734 0509

Share this post

Scroll to Top