Toyota Vios 2019 Telah Tiba di G-Mart Motor, Kg. Melayu Subang

 

Saat yang dinantikan akhirnya telah tiba bagi peminat Toyota Vios. Ini kerana Toyota Vios baharu kini secara rasminya telah dilancarkan dan berada di pasaran tempatan. Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini di http://www.g-mart.my/gmartcorp/miliki-toyota-vios-sekarang/, Toyota Vios baharu menawarkan tiga jenis varian iaitu Vios 1.5J, 1.5E dan 1.5G. Apa yang membezakan ketiga-tiga varian ini? Mari kita lihat.

Bagi Vios 1.5J dan Vios 1.5E, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama iaitu menggunakan lampu Multi Reflector Halogen, kombinasi jenis mentol bagi lampu belakang, gril hadapan berwarna, pemegang pintu luar warna badan dan lampu kabus belakang, namun, ada ciri tambahan lampu belakang kombinasi LED bagi Vios varian 1.5E. Kedua-dua varian ini juga menggunakan rim aloi bersaiz 15-inci.

Manakala bagi varian 1.5G, iaitu varian tertinggi, mempunyai sedikit kelainan atau keistimewaan berbanding Vios varian 1.5J dan Vios 1.5E. Apa yang membezakannya adalah lampu utamanya menggunakan projector halogen, lampu kombinasi belakang LED, gril hadapan yang berwarna, cermin sisi auto-lipat dan lampu kabus belakang. Namun, rim aloinya sedikit besar berbanding varian 1.5J dan 1.5E, dimana ia menggunakan rim aloi 16-inci.

Antara warna yang menarik yang boleh dipilih adalah Silver Metallic, Dark Blue Metallic, Attitude Black, Super White II dan juga Red Mica Metallic Metallic. Pada pendapat sesetengah pihak, warna merah merupakan pilihan mereka kerana ia kelihatan begitu menarik dan sangat bersesuaian dengan Toyota Vios baharu ini bagi menyerlahkan lagi reka bentuknya yang agresif.

  • Vios 1.5J: RM77,200
  • Vios 1.5E: RM81,200
  • Vios 1.5G: RM87,300

Harga OTR tidak termasuk insurans.

Anda boleh melihat sendiri perbezaan secara lebih terperinci dengan mengunjungi bilik pameran G-Mart Motor Sdn Bhd 3S CENTER di Kg. Melayu Subang atau hubungi 03 7847 1385 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Dapatkan nilai terbaik unutk kenderaan lama anda, pemeriksaan dan penilaian percuma. Daftar di www.jualkereta.my segera. 

 

Share this post

Scroll to Top