Majlis Makan Ulang Tahun PEKEMA ke-37

Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia atau nama singkatannya PEKEMA telah mengadakan majlis makan malam tahunan yang gilang-gemilang pada hari Jumaat, bersamaan 25 Januari 2019 yang bertempat di Marriot Putrajaya.

Antara aturcara yang menarik sepanjang makan malam itu berlangsung adalah pemberian anugerah PEKEMA kepada peniaga bumiputera yang berjaya menjadi peneraju dalam bidang yang berkaitan industri automotif selain daripada pengimport kenderaan. Tiga orang usahawan muda yang telah berjaya menggondol anugerah tersebut. Ketiga-tiga mereka ini adalah usahawan muda dari bidang pereka “body kit”, penganjur acara automotif dan peneraju pusat penyelenggaraan continental premium.

Presiden PEKEMA, Dato’ Hj Zainuddin Abd Rahman telah diberi mandat untuk meneruskan usaha beliau sebagai Presiden buat kali yang ke-3 berturut-turut, beliau menang tanpa bertanding. Dalam ucapannya semasa majlis makan malam itu, beliau turut membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh pengimport-pengimport kereta dan juga kejayaan yang telah dikecapi sepanjang tahun. Pada tahun lepas, salah satu daripada keringat PEKEMA iaitu Yayasan PEKEMA telah memberikan sumbangan beg sekolah sebanyak 20,000 kepada pelajar yang kurang berkemampuan di seluruh negara melalui program ‘Back to School’. Ini antara pebagai sumbangan Yayasan PEKEMA sepanjang tahun untum membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di serata negara.

Sebagai penghalwa telinga, seorang penyanyi dari seberang, Tia, yang merupakan salah seorang pemenang dari D’Academy Asia telah membuat persembahan pada majlis makan malam itu. Jihan Muse yang ditugaskan sebagai hos pada malam itu telah memeriahkan lagi suasana dengan pelbagai telatah dan celotehnya yang mencuit hati.

Juga tidak dilupakan, tetamu kehormat, Dato’ Rashid Hasnon Timbalan YDP Dewan Rakyat yang juga merupakan seorang ahli politik daerah Batu Pahat turut hadir bagi melengkapkan lagi majlis makan malam itu.

APEG WARRANTY, sebagai syarikat perkhidmatan Warranti rasmi PEKEMA telah mengedarkan risalah-risalah perkhidmatan dan produk baharu bagi tahun 2019.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh warga Pekema, ahli-ahli yang dihormati dah juga Presiden yang disanjungi Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Rahman. Sekalung penghargaan daripada Dato’ Haji Wahid Lasiman, Pengerusi Kumpulan Syarikat G-Mart dan seluruh warga G-Mart Corporation dan anak-anak syarikat kumpulan G-Mart.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh layari www.myapeg.com atau hubungi 03-82114433 bagi mendapatkan waranti kenderaan anda.

Anda juga boleh terus ke:

APEG Warranty

Tingkat 1, Lot 10843, Jalan Cheras, Bt 12, 43000 Kajang, Selangor

Share this post

Scroll to Top