Service Centre Image

WOWW!! Lebih 200 unit Toyota Wish di Moscorp

Moscorp Sdn Bhd, sebuah anak syarikat G-Mart Corporation yang mengimport dan mengedar kenderaan premium dari Jepun dan United Kingdom kini padat dengan Toyota Wish. Untuk pengetahuan anda, Toyota Wish merupakan salah satu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mendapat permintaan tinggi dan merupakan antara stok yang paling hangat dalam pasaran.

Antara variasi yang paling popular ialah Toyota Wish model 1.8 X keluaran 2014 boleh didapati bermula daripada lingkungan harga RM90,000 dan ke atas. Antara ciri-ciri menarik Toyota Wish ialah 7 tempat duduk, ruang dalaman yang besar dan selesa, pintu belakang dan ruang kargo yang luas, mempunyai sistem navigasi, butang ‘push start’, monitor hadapan dan belakang serta pengesan ketika mengundur.

Enjin 138hp yang digabungkan dengan transmisi 7-kelajuan sememangnya cukup bermaya dan lancar. Penggunaan bahan api juga adalah dalam kadar yang rendah oleh kerana ratio transmisi dan berat bersih antara 1350kg ke 1380kg, mengikut spesifikasi.

Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, Toyota Wish ini juga mempunyai Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA), serta ciri tambahan iaitu Traction Control System (TCS) dan Vehicle Stability Control (VSC).

Terdapat pelbagai keistimewaan yang boleh didapati oleh pembeli yang membeli dari syarikat Moscorp Sdn Bhd. Tamsilnya, pembelian dengan harga pengimport secara ‘direct’ daripada Moscorp Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat pemegang AP dan ahli PEKEMA yang sah.

Selain itu, para pembeli boleh menjual kereta lama mereka atau ‘trade-in’ melalui sistem Jualkereta.my dan pembeli boleh mendapat nilai yang tertinggi untuk kenderaan terpakai mereka. Para pembeli boleh membuat sedemikian dengan mendaftar masuk ke dalam sistem Jualkereta.my dan seterusnya menetapkan tarikh temujanji untuk melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, para pelanggan akan mendapat rebat, kadar faedah pinjaman serendah 2.45 peratus, pinjaman sehingga 90 peratus daripada harga kereta dan juga boleh membuat bayaran semula selama 9 tahun maksima. Bukan itu sahaja, setiap kenderaan import yang dibeli daripada Moscorp disertakan warranti 3-tahun oleh APEG Warranty, sebuah syarikat peneraju warranti lanjutan (extended warranty) di Malaysia. Warranti tersebut merangkumi antara lain, bahagian utama, enjin, gearbox dan juga ECU.

Pembeli boleh membawa kenderaan kesayangannya ke pusat servis pilihan sendiri (harus memaklumkan pihak APEG terlebih dahulu) atau ke mana-mana pusat servis rasmi yang tersenarai sebagai panel APEG Warranty di serata negara.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan lain yang mampu untuk menggoda para pembeli, seperti Honda Jade, Honda Stream, Honda Odyssey, Toyota Harrier, Toyota Alpard, Toyota Vellfire dan juga Toyota Estima. Kenderaan model continental juga boleh didapati di Moscorp, antaranya adalah Mercedes kelas A, C, GLA, GLC dan SLC.

Jika pembeli berminat untuk memiliki kenderaan yang ditawarkan, sila layari laman Facebook rasmi Moscorp Sdn Bhd di https://www.facebook.com/OfficialMOSCORPRecond/ (MOSCORP Recond Car and Bikes) atau boleh whatsapp di talian 019-2269455.

Share this post

Scroll to Top