Kelisa yang Comel & Lincah di CarBid B2B

[views] Perodua Kelisa merupakan nama yang dikenali ramai bagi rakyat Malaysia, malah, ramai dalam kalangan masyarakat yang turut memilikinya sehingga ke hari ini. Kelisa sangat terkenal dengan cirinya yang tahan lasak, harga yang murah, penggunaan bahan api yang sangat menjimatkan dan sangat mudah untuk diselenggara. Pada 9 Mac ini, CarBid buat julung kalinya akan mengadakan sebuah acara yang besar-besaran. Acara ini dipanggil sebagai CarBid Bid2Buy, di mana sesiapa sahaja digalakkan untuk hadir ke CarBid Store Yard yang terletak di Kg. Melayu Subang bagi melihat sendiri keadaan kereta di sana. Antara…

Share this post to:

Acara CarBid B2B 9hb Mac – 100 unit kereta bajet untuk dibida

[views] Sempena bulan baru ini, CarBid akan mengadakan sebuah acara istimewa yang julung kalinya diadakan bagi anda yang ingin memiliki kereta idaman. Acara ini dipanggil CarBid Bid2Buy di mana objektifnya adalah untuk menghimpunkan sebanyak mungkin kenderaan dan memberi peluang kepada para pembeli untuk membida kenderaan pilihan hati. Pada 6,7 & 8 Mac ini, anda dijemput untuk hadir ke CarBid Store Yard di G-Mart Kg. Melayu Subang. Di sana, anda boleh mencuci mata dengan melihat lebih daripada 100 buah kenderaan yang telah tersusun rapi dan tersedia untuk dibida. Periksalah kereta yang…

Share this post to:

Toyota Sienta, MPV Kompak

[views] Toyota Sienta merupakan salah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran Toyota yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Walaupun ia merupakan MPV kompak, model ini bersesuaian bagi keluarga yang kecil, dengan 7 tempat duduk dan Toyota Sienta masih mengekalkan ruang dalaman yang luas bagi memberikan keselesaan kepada penumpang untuk tiba di destinasi. Jika dilihat dari segi luaran, rekaan MPV ini diinspirasikan dari kasut treking bagi mengambarkan kepelbagaian fungsi dan karakter yang dinamik. Salah satu pilihan warna yang boleh didapati ialah warna Oren metalik di mana warna ini sangat bersesuaian dengan model…

Share this post to:

Vellfire: “Perjalanan dalam Kemewahan”

[views] Apabila disebut tentang MPV selesa yang membawa ciri mewah, nama Toyota Vellfire pasti akan terlintas dalam fikiran anda. MPV ini adalah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia merupakan sebuah kenderaan yang menampilkan ciri yang sporty dan garang dengan rekaan gril hadapan yang besar. Bagi kenderaan mewah dan hebat ini, sudah pastinya enjin yang digunakan adalah hebat juga. Vellfire ini menggunakan enjin 2AR-FE 2.5 liter empat silinder sebaris DOHC Dual VVT-I yang membuatkan perjalanan untuk ke destinasi lebih sempurna. Pemandu tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam memecut laju ketika…

Share this post to:

Fortuner: “Raksasa” Penuh Gaya

[views] Bagi pemandu yang sukakan SUV yang berasaskan trak pikap serta berbentuk lebih sporty dan tahan lasak, Toyota Fortuner adalah pilihan yang tepat untuk anda. Ia merupakan sebuah kenderaan yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun untuk aktiviti lasak. Apa yang membuatkan Fortuner ini lebih istimewa adalah ia mempunyai varian 2.4L VRZ 4X4 yang berkuasa diesel serta varian 2.7 SRZ AT 4X4 yang menggunakan petrol. Kedua-dua varian ini merupakan varian paling mewah bagi model Fortuner yang terpamer di bahagian luar dan dalam. Bagi Fortuner varian 2.7 SRZ AT4X4 (petrol), ia menggunakan…

Share this post to:

Toyota Hilux: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

[views] Nama Hilux sudah menjadi sinonim untuk trak pick-up sejak lewat tahun 60an lagi. Malah ramai yang melabelkan semua trak pick-up sebagai Hilux, seperti Colgate untuk ubat gigi dan Xerox untuk mesin pencetak. Hilux versi ke-lapan yang kini berada di pasaran memang serba lengkap. Hampir apa jua spesifikasi yang anda dapati pada kenderaan premium Toyota yang lain terdapat pada Hilux. Walaupun Hilux dicipta untuk merentasi segala halangan, kebanyakan pemilik hanya menggunakannya untuk aktiviti harian di kota.  Bagi mereka yang sukakan kenderaan yang berimejkan tahan lasak dan macho, G-Mart Motor Sdn…

Share this post to:

Tahniah Myvi! Terima kasih Malaysia

Perodua Myvi, merupakan suatu nama yang sinonim dan sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia jika membicarakan tentang kenderaan yang menjimatkan dan mesra alam. Sejak tahun pertama Perodua Myvi diperkenalkan, iaitu pada tahun 2005, sebanyak 1.1 juta unit telah terjual dan sehingga kini masih kekal sebagai kereta paling laris di Malaysia dalam segmen-B kompak. Ia merupakan salah satu perkara yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia. Ini kerana, meskipun terdapat pelbagai model kenderaan lain yang bersaing di Malaysia, namun Myvi berjaya mengungguli carta dengan menjadi pilihan ramai pengguna. Bagi golongan muda khususnya…

Share this post to:

Toyota Vios, ‘Dolphin & Dugong’ : Prestasi Cekap, Harga Mantap

Pada tahun 2003, Toyota telah melancarkan Vios pertamanya di Malaysia  yang dipanggil Vios, model ini juga dikenali sebagai Vios ‘Dolphin’, nama yang dipinjam dari Civic EG 90’an. Pada tahun 2007 Toyota telah mengeluarkan Vios generasi kedua yang dipanggil Vios ‘Dugong’ di mana istilah yang sering digunapakai dalam kalangan peminat kenderaan Vios di Malaysia kerana paras rupa seperti spesis ikan tersebut. Sehingga tahun 2010, Vios ini telah terjual sebanyak 159,000 unit dan seterusnya menjadikannya sebagai salah sebuah kenderaan yang terlaris di Malaysia. Kira-kira selepas lebih kurang 12 tahun Vios generasi kedua ini…

Share this post to:

Rumah terbuka CNY KJB Auto Perodua Kajang, Sg. Serai & Medan Prisma

Sempena perayaan tahun Baru Cina tahun ini, KJB Auto – pengedar sah Perodua di bawah Kumpulan G-Mart Corporation akan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perodua. Sambutan ini akan diadakan seperti tarikh yang tertera di bawah: Tarikh : 16 & 17 Februari 2019 Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah promosi untuk pandu uji kenderaan terbaru keluaran Perodua iaitu Aruz, promosi UFirst, GearUP, Total Protect Plus, ProGanti, Minyak Enjin Perodua dan yang paling menariknya adalah jika pengunjung yang hadir ingin memperbaharui cukai jalan mereka…

Share this post to:

Nak kereta murah? CarBid jer…

CarBid merupakan suatu aplikasi mudah alih yang bernaung di bawah G-Mart Corporation. Ia merupakan sebuah platform yang bertujuan untuk menjual stok kenderaan terpakai kepada para pembeli di seluruh negara melalui aplikasi mudah alih ini. Antara yang menarik tentang aplikasi ini ialah ia merupakan sebuah platform baharu yang menggunakan ‘smart bid engine’, bidaan berjalan secara serentak dan tempoh untuk membida adalah lebih lama. Ia juga merupakan suatu sistem bidaan untuk kenderaan yang mempunyai dokumen yang telah disahkan. Selain itu, setiap kenderaan yang telah disenaraikan untuk dibida akan melalui proses pemeriksaan terlebih…

Share this post to: