CarBid Logo

Kereta Bajet Bawah RM15,000 di G-Mart

Kereta merupakan sebuah medium pengangkutan yang memainkan peranan yang sangat penting bagi seseorang itu untuk bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Pada era globalisasi ini, dengan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan, ramai rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk memiliki kereta yang baharu, terutamanya bagi golongan belia yang baru menamatkan pelajaran atau yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu lagi merunsingkan fikiran anda kerana di G-Mart anda mampu untuk memiliki kereta Perodua terpakai anda sendiri dengan harga yang sangat-sangat berpatutan dan semestinya mampu dimiliki. Antara kereta yang ditawarkan di G-Mart ialah seperti:

  1. Perodua Kancil : bawah RM5,000
  2. Perodua Kembara : RM5,000 – RM 10,000
  3. Perodua Kenari : bawah RM10,000
  4. Perodua Kelisa : bawah RM10,000
  5. Perodua Myvi Generasi Pertama : RM10,000 -RM15,000
  6. Perodua Viva : RM10,000 – RM 15,000

dimana anda mampu untuk memilikinya dengan harga serendah dari RM5,000. Mengapa anda harus membuat pembelian dengan G-Mart ini adalah kerana pihak G-Mart akan membuat pemeriksaan yang terbaik secara keseluruhan dengan teliti serta memperbaikinya bagi memastikan kesemua kereta Perodua terpakai ini bebas dari segala kerosakan yang mengundang bahaya kepada pemandu dan juga penumpang.

Antara kereta bajet yang boleh di dapati di G-Mart

Pasti pernah terlintas di fikiran anda mengapa Perodua sering berada di hati rakyat Malaysia, bukan? Ini kerana syarikat Perodua mengeluarkan kenderaan yang berkualiti selaras dengan harganya yang murah dan mampu milik oleh kebanyakan rakyat Malaysia serta ia mempunyai nilai kereta terpakai yang tinggi. Selain itu juga, kebanyakan kereta keluaran Perodua turut menawarkan penjimatan bahan api yang baik dan sangat praktikal. Jadi, tidak hairanlah jika nama Perodua sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia dan seterusnya menambat hati mereka untuk memilikinya serta menikmati penjimatan yang banyak.

Untuk mendapatkan kenderaan seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh memuat turun aplikasi CarBid di Google Play Store atau di Apps Store serta megetahui berita-berita terkini yang menarik tentang G-Mart di http://www.g-mart.my/

Share this post

Scroll to Top