Chinese New Years

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le!

 

Tahun Baru Cina adalah masa untuk merealisasikan impian baru, menemui kekuatan dalaman dan kekuatan luaran, bergembiralah dalam keseronokan yang kecil, dan bersedia untuk menyahut cabaran baru! Semoga pelaburan yang kecil membawa sepuluh ribu kali ganda keuntungan.

Semoga Tahun Baru Cina ini dapat memberi tujuan dan inspirasi kepada anda. Semoga tahun ini juga menjadikan anda seorang yang lebih baik, untuk berjaya dalam hidup dan mampu mengatasi segala halangan yang anda mungkin hadapi. Ia adalah masa untuk melepaskan segala kemarahan, kebanggaan dan iri hati dan sentiasa mengamalkan kesopanan, kejujuran dan kerendahan hati dalam diri. Tahun baharu ini menandakan permulaan baru dan impian baru. Ia adalah masa untuk merealisasikan apa yang anda benar-benar inginkan.

Seperti dalam peribahasa Cina, “Seorang yang bijak membuat keputusan sendiri; seorang yang jahil mengikut pendapat umum “, semoga anda selalu memilih jalan yang menuju kearah kejayaan. Jika tahun baru ini tidak berjalan dengan lancar seperti yang anda mahukan, anda perlu bersabar kerana kejayaan tidak datang bergolek. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku di Tahun Baru, tetapi satu perkara yang pasti dan diketahui oleh semua orang ialah tahun ini adalah suatu anugerah yang sangat bermakna dan kita haruslah menikmati kehidupan yang mendatang.

 

Kami dan seluruh warga G-Mart Corporation mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le!

Share this post

Scroll to Top