Honda HRV

Honda HR-V RS: Untuk Anda Yang Mempunyai Gaya

Honda merupakan salah satu jenama kereta yang boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia memilikinya. Ini kerana kualiti yang dihasilkan oleh Honda memuaskan hati kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan masyarakat. Seperti yang dinyatakan dalam artikel yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Honda HR-V kini tampil dengan varian yang terbaru, salah satu variannya adalah Honda HR-V RS.

Jika dilihat dari sisi luaran, Honda HR-V RS ini mempunyai rekabentuk yang lebih sporty dengan konsep Solid Wings Face, lampu kabus LED, set lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED dan juga lampu pandu LED Kombi Belakang. Honda keluaran baru ini juga dikuasakan dengan enjin 1.8 liter (l) SOHC i-VTEC dimana ia dipacu oleh Transmisi Variabel Berterusan (CVT) yang mampu untuk memberikan kecekapan dan prestasi yang baik serta penggunaan bahan api yang seimbang. Apa yang lebih membuatkan Honda HR-V RS ini kelihatan agresif adalah gril depan yang sporty, bampar depan dan belakang yang baharu serta dipasangkan dengan rim aloi dua-tona 18 inci.

Tidak lupa juga ciri keselamatan yang turut hadir bersama Honda HR-V RS ini ialah 6 beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Kamera Pandang Belakang Multi-Sudut (Multi-Angle Rear-View Camera), Bantuan Daki Bukit (HAS) dan Signal Henti Kecemasan (ESS). Kelainan yang ada pada Honda HR-V RS ini salah satunya ialah ia mempunyai Honda LaneWatch. Honda LaneWatch merupakan sistem kamera yang dipasang di sisi cermin penumpang dan ia adalah untuk membantu pemandu dengan memantau kawasan titik buta (blind spot).

Selain itu, kenderaan ini juga masih mengekalkan Multi-Utility Cargo Space, dimana ia mempunyai ruang simpanan barang yang luas dan praktikal yang mampu untuk menawarkan keselesaan kepada pemilik dan penumpang sama ada untuk kegunaan harian atau bercuti.


Bagi memiliki Honda HR-V RS baharu ini, pembeli boleh mendapatkannya dengan harga bermula dari RM124,800 dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic atau milikinya dengan warna baharu yang berbeza dari yang lain, Passion Red Pearl.

Segera kunjungi ruang pameran di Honda G-Mart Autoworld 3S Center untuk melihat model ini secara lebih dekat atau hubungi talian 03 – 4021 2104

Share this post

Scroll to Top