Generasi Ketiga Myvi, RM 197,093 di Singapura

Model Myvi generasi ketiga telah dilancarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) di Singapura dengan dua varian, iaitu Myvi 1.3 X AT dan Myvi 1.5 H AT dengan harga S$64, 800 (RM197, 093) dan S$69, 800 (RM212, 301) termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta Sijil Kelayakan (COE). Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, walaupun berdepan dengan pelbagai halangan untuk memasuki pasaran matang itu, ia masih merupakan pencapaian yang penting bagi PERODUA. Model Myvi ini juga menandakan destinasi eksport yang pertama di bawah jenama PERODUA.…