Perodua-Myvi-Singapore

Generasi Ketiga Myvi, RM 197,093 di Singapura

Model Myvi generasi ketiga telah dilancarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) di Singapura dengan dua varian, iaitu Myvi Ghee (clarified butter): what are its benefits steroid testosterone half life purchase steroid payment cb, muscle doping products waterloo catholic teachers. 1.3 X AT dan Myvi 1.5 H AT dengan harga S$64, 800 (RM197, 093) dan S$69, 800 (RM212, 301) termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta Sijil Kelayakan (COE).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, walaupun berdepan dengan pelbagai halangan untuk memasuki pasaran matang itu, ia masih merupakan pencapaian yang penting bagi PERODUA. Model Myvi ini juga menandakan destinasi eksport yang pertama di bawah jenama PERODUA.

Majlis pelancaran Myvi generasi ketiga ini telah berlangsung di pusat jualan dan servis Perocom Auto Pte Ltd, di Ubi, iaitu merupakan pengedar sah tunggal PERODUA di Singapura, pada Sabtu bersamaan 13 April 2019 yang lalu.

Menurut John Ng, Pengarah Urusan Perocom Auto Pte Ltd, beliau berkata bahawa Perocom Auto, pengedar sah tunggal PERODUA ini telah menjual Kelisa, Kancil, Kembara, Myvi generasi pertama, Axia, Viva dan Bezza di Singapura dan model Myvi mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pembeli di negara tersebut.

Bagi pasaran tempatan pula, Perodua Myvi generasi ketiga telah terjual sebanyak lebih dari 110,000 unit.

Foto dari: https://peroduajb.com/portfolio/myvi/

Share this post

Scroll to Top