Motor Image

Motosikal 3 Roda Industri Tani– Wanch Galaxy

Kerja mangangkut hasil industri tani, baja, mesin dan sebagainya memang sesuatu yang mangambil daya tenaga dan masa yang tinggi. Ini menjadi isu kepada peladang skala sederhana dan kecil di mana akses jalan sekitar ladang yang sering sempit dan beralun.

Kebanyakkan petani menggunakan motosikal berbakul untuk menjalankan kerja mengangkut hasil. Ini memakan masa memandangkan kapasiti muatan yang rendah. Untuk memenuhi keperluan tersebut, sebuah syarikat pemasangan motor tempatan telah memperkenalkan Wanch Galaxy.

Wanch Galaxy adalah motosikal 3-roda dengan ruangan kargo di belakang ala lori kecil. Ruangan kargo yang diperbuat daripada besi tersebut mampu mengangkut muatan sehingga 1 tan. Enjin 200cc 4-strok motosikal Wanch ini di kahwinkan dengan kotak gear manual 5-speed. Motosikal Wanch ini juga mempunyai button dan kick-starter.

Ruang kargo plat besinya pula boleh di angkat seperti lori tipper secara manual ataupun secara auto pada model yang mempunyai lift hidraulik dan pintu skirting tepi dan belakang boleh diturunkan. Ciri-ciri ini memudahkan kerja pemindahan muatan sesampainya ke destinasi.

Gear undur atau reverse gear memudahkan lagi pengendalian motosikal serbaguna ini dan pengunaan tayar ala tayar traktor pertanian memberikan motosikal ini kelasakan untuk meredahi permukaan yang tidak menentu. Motosikal ini juga dilengkapi handbrake untuk mengunci posisi motorsikal semasa parkir.

Harga motosikal ini bermula daripada RM10,000 untuk model asas dan RM12,000 untuk model yang mempunyai lif tipper hidraulik.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azidi 0129486455 atau Nury 0173391311.

Share this post

Scroll to Top