Cars

Kenderaan bawah RM30K kuasai 80% lelongan musim PKP G-Mart Corporation.

Lelongan kenderaan yang ditarik semula pihak bank and institusi kewangan lain di G-Mart Corporation telah Kembali beroperasi semula setelah dihentikan semenjak bermula PKP pada 18hb Mac 2020 lalu. Sesi lelongan selepas PKP yang pertama telah dijalankan pada 13hb Mei di Sg Serai, Hulu Langat dan pada 14hb Mei 2020 di Kg Melayu Subang.

Sesi membida G-Mart Corporation yang berlangsung secara atas talian tersebut melihat penurunan dari segi penyertaan daripada pembida. Ini mungkin disebabkan ramai yang masih khuatir akan perkembangan pandemik Covid-19 dan juga masa depan industri kenderaan terpakai selepas musim PKP.

Data daripada jualan pada minggu tersebut menunjukkan 80% kenderaan yang berjaya dijual adalah kenderaan buatan nasional yang berharga kurang daripada RM30,000.00. Jualan motosikal juga menunjukkan tren menaik dimana 80% daripada unit yang ditawarkan telah terjual. Permintaan terhadap kenderaan komersil seperti van dan lori kurang daripada 5 tan juga menunjukkan kenaikan.

Tren jualan ini menunjukkan bahawa pasaran untuk kenderaan yang asas dan juga yang boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi logistik seperti Grab, Lalamove, FoodPanda dan sebagainya mempunyai permintaan yang baik. Mungkinkah kita sedang melihat suatu perubahan cara rakyat Malaysia menggunakan kaedah logistik yang berlandaskan keperluan asas ataupun ‘essential needs’ sahaja?

Sesi lelongan G-Mart Corporation yang seterusnya akan berlangsung pada 20hb Mei 2020 di Sg Serai, Hulu Langat dan 21hb Mei 2020 di Kg Melayu Subang. Untuk mendapatkan senarai kenderaan lelong dan juga berdaftar sebagai pembida, sila muat turan aplikasi G-Mart E-Auction daripada Playstore atau Apple Appstore. Layari www.auction.g-mart.my untuk maklumat terkini.

Share this post

Scroll to Top