Medan Prisma – Perodua Sales Centre Rawang Kembali Beroperasi

Bilik pameran kenderaan Perodua Medan Prisma di Rawang kini kembali beroperasi sepenuhnya selepas ditutup sekitar dua bulan semasa PKP akibat pandemik Covid-19.

Medan Prisma, sebuah anak syarikat kumpulan G-Mart Corporation membuka semula bilik pameran dengan mematuhi peraturan keselamatan kesihatan PKPB yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga garis panduan oleh Perodua Sales Sdn. Bhd.

Antara beberapa garis panduan yang ditetapkan adalah:

  • Pandu Uji Bertemu Janji

Para pelanggan digalakkan supaya membuat temujanji terlebih dahulu untuk membolehkan penasihat jualan menyediakan kenderaan yang telah melalui proses sanitasi khusus. Langkah ini juga akan menghadkan jumlah pelanggan dan penasihat jualan pada suatu masa.

  • Penjarakkan Sosial Semasa Pandu Uji

Hanya seorang pelanggan dan seorang penasihat jualan dibenarkan untuk mana-mana sesi pandu uji. Penasihat pelanggan akan menduduki kerusi penumpang belakang yang bertentangan dengan pemandu. Pelanggan dan penasihat jualan harus memakai topeng muka dan membersihkan tangan menggunakan sanitizer yang disediakan.

  • Penerangan Tanpa Sentuh

Penasihat pelanggan kami akan membuat penerangan produk tanpa menyentuh bahagian-bahagian kenderaan dengan menggunakan sinar pen laser.

Selain daripada itu, bilik pameran dan pejabat Medan Prisma akan dibersihkan selang waktu tertentu setiap hari. Kedudukan kerusi di ruang menunggu dan juga meja perbincangan telah ditetapkan untuk sentiasa berjarak 1meter antara satu sama lain.

Setiap pelanggan yang memasuki bilik pameran harus mendaftarkan diri sebelum suhu badan di ambil dan tangan sembur sanitizer.

Langkah-langkah yang diperkenalkan ini selari dengan normal baharu untuk membendung penularan Covid-19. Medan Prisma berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan dan mengharapkan kerjasama semua pihak.

Bilik pameran Perodua Medan Prisma yang berlokasi di Lot 5A, Jalan Pintas, Bandar Rawang dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad daripada jam 9 pagi ke 5 petang. Hubungi 0360932551 untuk maklumat lanjut.

Share this post to:

Related posts

Leave a Comment