APEG System tawar diskaun sehingga 10% untuk insurans kereta.

APEG System Sdn. Bhd., anak syarikat G-Mart Corporation yang juga merupakan sebuah syarikat peneraju insurans dan warranti kenderaan kini memberikan diskaun sehingga 10% untuk pembaharuan insurans kenderaan persendirian mulai hari ini (2 Okt 2020) sehingga 31 Dis 2020.

Diskaun yang ditawarkan adalah tolakan ekstra dan tidak termasuk Diskaun Tiada Tuntutan ataupun Non-Claim Discount (NCD) yang sedia ada. APEG System Sdn. Bhd. memberikan diskaun ini sempena pelancaran program Insurans IVIP (Imported Vehicles Insurance Package) dengan kerjasama Zurich Takaful.

Datin Hasyimah Sarnin

Menurut Datin Hasyimah Sarnin, Pengarah Urusan APEG System Sdn. Bhd., pemilik kenderaan tidak perlu pergi ke kaunter insurans, JPJ atau POS Malaysian untuk urusan pembaharuan insurans dan cukai jalan.

“Kami telah menyediakan perkhidmatan secara atas talian menerusi laman web jomroadtax.my dan juga ivip.com.my untuk urusan mudah dan pantas pada harga yang paling menarik. Pemilik kenderaan hanya perluu membuat bayaran secara atas talian dan cukai jalan akan dihantar ke alamat rumah atau pejabat dalam masa 24-jam sahaja,” terang Datin Hasyimah.

Program IVIP adalah suatu pakej insurans kerjasama eksklusif Zurich Takaful dan APEG System Sdn.Bhd. Pakej IVIP memaparkan perlindungan tambahanan seperti perkhidmatan tunda tanpa had (tiada had nilai atau jarak), tiada caj ekses (untuk kenderaan berumur sehingga 10 tahun dari tarikh pembuatan) dan ‘betterment’ (untuk kenderaan berumur 5 tahun dari tarikh pembuatan) , elaun RM5000 untuk kerja pembersihan kenderaan yang ditenggelami banjir, perlindungan kecurian kunci RM1500, elaun sewa kereta sehingga RM450 sementara kenderaan menjalani proses pembaikan, perlindungan insurans peribadi RM20,000 dan pemandu yang tidak dinamakan tanpa had.

“Manfaat tambahan IVIP juga adalah tambahan kepada perlindungan yang ditawarkan oleh polisi asas (basic policy). Polisi komprehensif ini direka untuk pemilik kenderaan import terpakai atau lebih dikenali sebagai kenderaan recond tetapi ianya boleh juga digunakan untuk kenderaan bukan nasional yang berusia kurang daripada 10 tahun,” tambah Datin Hasyimah.

IVIP (Imported Vehicle Insurance Package)

Untuk maklumat lanjut mengenai diskaun daripada APEG System dan juga manfaat tambahan IVIP sila rujuk kepada laman web ivip.com.my dan jomroadtax.my.

Share this post to:

Related posts

Leave a Comment