Honda N-Box, Kei-Car Comel Giler di G-Mart Autocity.

Honda N-Box

Kei car paling laris di Jepun kini telah mendarat di G-Mart Autocity, Kg Melayu Subang. Kei-Car kegemaran rakyat Jepun ini dah lapan kali menjadi kereta mini paling laris di Jepun berasaskan rupabentuk yang comel, tahap kelengkapan yang baik dan perjimatan bahan api serta ruang parkir.

Honda N-Box

N-Box memang sesuai dijadikan sebagai kenderaan utility kedua ataupun kereta koleksi comel bergaya. Enjin 660 Turbo menghasilkan 63hp yang mencukupi untuk kenderaan yang tak sampai satu tan ini. Sudah lebih dua juta unit N-Box terjual di Jepun dan kini model 2018 dan 2019 telah memasuki pasaran recond Malaysia.

Harga untuk model Custom G L Turbo dan EX Turbo bermula daripada RM120,000.00 yang memang akan dikecam sebagai mahal oleh kebanyakkan pembeli kenderaan. Namun demikian, N-Box mempunyai golongan pengikut tegar yang sanggup berbelanja lebih demi citarasa yang unik. Yang mana kenal dan ingin sesuatu yang lain daripada yang lain boleh datang mencuci mata di G-Mart Autocity, Kg Melayu Subang.

Share this post to:

Related posts

Leave a Comment