Nissan Leaf, calon EV pertama anda?

EV memang sedang menjadi sebutan ramai sekarang, terutama sekali dengan kenaikan harga petrol sedunia. Masalah model EV pula adalah harganya yang masih tinggi untuk dibeli oleh rakyat marhaen. Pelbagai model sedang direkabentuk dan diuji oleh hampir kesemua syarikat pengeluar kereta untuk dilancarkan.

Buat masa ini EV yang paling mampu milik dalam stok kami ialah Nissan Leaf yang juga merupakan pemegang EV kedua paling laris di dunia selepas Tesla Model 3. Harga jualan Nissan Leaf (2017-2019) bermula dari RM130,000.00 ke RM150,000.00.

Nissan Leaf

Nissan Leaf yang ini didatangkan dengan bateri berkuasa 40kWh yang mampu menghasilkan jarak sehingga 300km bergantung kepada pemanduan dan had kuasa bateri. Kelajuan maksima Nissan Leaf ini adalah 144km/j dan ia mempunyai ciri-ciri seperti navigation, kamera 360 darjah, seat leather, propilot dan rear camera.

G-Mart Recond Group mempunyai 4 unit ready stock berwarna hitam, putih dan biru di ruang pameran G-Mart Autocity, Kg Melayu Subang. Nissan Leaf ini boleh dicas pada 6.6kW (8jam) AC charger atau 50kW (40minit) DC charger menerusi sambungan CHAdeMO.

Ready Stock Nissan Leaf at G-Mart Autocity Kg Melayu Subang

Pada pendapat kami, Nissan Leaf adalah EV yang paling sesuai seandainya and ingin berjinak dengan EV tapi pada bajet yang lebih rendah daripada model premium seperti Tesla Model 3.

Share this post to:

Related posts

Leave a Comment