Adakah syarikat anda mempunyai kenderaan, jentera atau peralatan lama yang tidak lagi digunakan dan hanya tersadai? Ataupun kenderaan yang sedia ada?
Daripada membiarkan nilainya susut, apa kata tukarkannya kepada wang tunai dengan cara yang mudah dan telus melalui platform e-Auction G-Mart?
đ§ Bagaimana Proses Ini Berjalan Untuk Vendor/Pelelong
Sama ada anda ingin menjual satu kenderaan atau keseluruhan fleet, kami mudahkan proses dari awal hingga akhir:
Langkah 1: Daftar Sebagai Vendor/Pelelong
Hubungi pasukan kami.
G-Mart Auction Simpang Balak Kajang: 03-8741 1550
G-Mart Auction Kampung Melayu Subang: 03-7847 1722
Kami akan bantu anda melalui proses pendaftaran vendor yang ringkas.
Langkah 2: Kami Buat Pemeriksaan, Persiapan & Hari âViewingâ jika Anda Mahu
Selepas pendaftaran, kami akan:
- Buat pemeriksaan ke atas kenderaan
- Bersihkan untuk paparan lebih menarik
- Ambil gambar kenderaan berkualiti tinggi
- Cadangkan harga permulaan berdasarkan keadaan pasaran semasa
Kami juga boleh uruskan untuk Hari âViewingâ kepada bakal pembida untuk datang dan lihat keadaan kenderaan Anda. Staf kami akan turun padang.
Langkah 3: Kenderaan Disenaraikan Untuk Lelongan
Kenderaan anda akan disenaraikan dalam lelongan e-Auction mingguan kami yang menarik ratusan pembida aktif dari seluruh Malaysia. Persaingan bidaan ini sering memberi nilai jualan yang lebih tinggi berbanding kaedah pelupusan konvensional.
Langkah 4: Kenderaan Anda Berjaya Dilelong
Apabila lelongan tamat, anda akan dimaklumkan mengenai siapa pembeli anda dengan harga bidaan terakhir.
Langkah 5: Pembayaran ke Vendor/Pelelong
Kutipan bayaran akan dipindahkan kepada anda setelah lelongan berjaya dilaksanakan.
â Kenapa Vendor Pilih G-Mart Auction
- Proses cepat dan efisien
- Jualan yang telus dan adil
- Tiada masalah ruang simpan atau pengiklanan
- Sokongan penuh daripada pasukan kami
Â
Malah jika anda hanya mahu âcuba dahuluâ â mulakan dengan satu kenderaan. Ramai vendor yang bermula kecil kini menjadi pengguna setia selepas melihat sendiri kelebihan platform kami.