Hilux Exterior

Toyota Hilux: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

[views]

Nama Hilux sudah menjadi sinonim untuk trak pick-up sejak lewat tahun 60an lagi. Malah ramai yang melabelkan semua trak pick-up sebagai Hilux, seperti Colgate untuk ubat gigi dan Xerox untuk mesin pencetak. Hilux versi ke-lapan yang kini berada di pasaran memang serba lengkap. Hampir apa jua spesifikasi yang anda dapati pada kenderaan premium Toyota yang lain terdapat pada Hilux. Walaupun Hilux dicipta untuk merentasi segala halangan, kebanyakan pemilik hanya menggunakannya untuk aktiviti harian di kota. 

Bagi mereka yang sukakan kenderaan yang berimejkan tahan lasak dan macho, G-Mart Motor Sdn Bhd 3S Center yang terletak di Kg. Melayu Subang kini sedang mengadakan jualan penghabisan stok bagi Toyota Hilux. Terdapat dua jenis varian Toyota Hilux yang ditawarkan dalam jualan penghabisan stok ini, iaitu Toyota Hilux Single-Cabin dan juga Toyota Hilux Double-Cabin. Apa yang membezakan antara Single-Cabin dan Double-Cabin ini ialah bagi Hilux model Single-Cabin, ia hanya mempunyai 2 pintu sahaja, namun ruang pengangkutan di bahagian belakang yang luas dan boleh memuatkan kuantiti barang yang lebih banyak.

Bagi Toyota Hilux model Double-Cabin pula, ia mempunyai 4 pintu manakala ruang pengangkutan di belakangnya adalah lebih kecil berbanding model Single-cabin. Tetapi kedua-dua model Hilux ini adalah sangat bersesuaian bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak namun masih ingin mengekalkan ciri-ciri mewah, bersesuaian dengan nama Hilux itu sendiri yang membawa maksud High (Tinggi) dan Luxury (Mewah).

Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki raja pikap ini di G-Mart Motor.

G-Mart Motor Sdn Bhd. 3S Center

Lot 3402, Jalan Tembusu, Kg. Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Jual kereta lama anda atau trade-in di

Jualkereta.my

Sertai sesi bidaan di aplikasi CarBid pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama sejam bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Muat turun aplikasi CarBid di:

Google Play

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.carbid.gmart&hl=en

App store

https://itunes.apple.com/my/app/carbid/id1413567277?mt=8

Share this post

Scroll to Top