Perodua Myvi, merupakan suatu nama yang sinonim dan sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia jika membicarakan tentang kenderaan yang menjimatkan dan mesra alam. Sejak tahun pertama Perodua Myvi diperkenalkan, iaitu pada tahun 2005, sebanyak 1.1 juta unit telah terjual dan sehingga kini masih kekal sebagai kereta paling laris di Malaysia dalam segmen-B kompak. Ia merupakan salah satu perkara yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia. Ini kerana, meskipun terdapat pelbagai model kenderaan lain yang bersaing di Malaysia, namun Myvi berjaya mengungguli carta dengan menjadi pilihan ramai pengguna.
Bagi golongan muda khususnya mereka yang baru menamatkan pelajaran dan bertapak dalam dunia pekerjaan, Myvi merupakan salah satu pilihan yang bijak dan tepat untuk mereka memilikinya. Namun, sudah pasti ada syarat gaji minimum untuk membeli sesebuah kenderaan, bukan? Sebagai contoh, bagi memiliki sebuah Myvi baru, seseorang itu perlulah mempunyai gaji minimum sebanyak RM 1,600 dan jika mereka perlu membuat pinjaman di bank, ia akan menjadi sangat mudah untuk diluluskan kerana reputasi Perodua yang baik dalam kalangan penyedia servis sewa beli. Dari segi servis penyelenggaraan pula, kos yang dikenakan amat rendah dan tidak membebankan iaitu purata sekitar 2 sen per kilometer.
Antara maklum balas yang diterima daripada kebanyakan pengguna Myvi, mereka menyifatkan pembelian kenderaan tersebut sangat berbaloi dan tidak menyesal membelinya kerana ia sangat membantu dalam menjimatkan wang perbelanjaan mereka terutamanya bagi individu yang masih bujang, kerana penggunaan minyak yang sangat efisien dan mesra alam.
Perodua Myvi ini menggunakan enjin DVVT (Dual Variable Valve Timing-intelligence) dan EFI (Electrical Fuel Injection) yang terbukti dan diakui oleh Perodua sebagai enjin yang menjimatkan petrol. Selain itu, jarang sekali rungutan dari para pengguna kedengaran tentang kos penyelenggaran kereta kompak ini. Ini kerana, mengikut skala ekonomi, jika skala pengeluaran dipertingkatkan, maka purata seunit pengeluar akan susut. Jadi, kos bagi membeli barang spare part akan menjadi rendah, sekali gus menjadikannya sebagai sebuah kenderaan yang mampu milik dan tidak membebankan mana-mana pihak. Pengguna tidak perlu risau jika ingin menjual kereta mereka kerana kereta keluaran Perodua sentiasa mempunyai kadar nilai kereta terpakai yang tinggi, tidak kira transmisi automatik mahupun manual dan ini juga merupakan salah satu kejayaan bagi Perodua.
Bergayalah di atas jalan raya dengan miliki Perodua Myvi ini. Kunjungi bilik pameran Perodua di:
KJB Auto Sdn. Bhd. (Kajang) 3S Centre
10843, Jalan Cheras, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor
atau di
Perodua Rawang (Medan Prisma Sdn. Bhd.)
Lot 5A, Jalan Pintas, Bandar Rawang Selanfor, 48000
Dapatkan kenderaan yang berharga bawah dari harga pasaran di CarBid dengan muat turun aplikasi di:
Google Play
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.carbid.gmart&hl=en
App Store
https://itunes.apple.com/my/app/carbid/id1413567277?mt=8
Jual kereta lama anda di:
Photo credit: www.perodua.com.my