Pengeluar kereta nasional, PROTON secara rasmi melancarkan S70 dari barisan pengeluarannya untuk bersaing dengan Honda Civic dan Toyota Corolla Altis dalam segment C. S70 adalah model sedan baharu yang pertama ditambah ke barisan model PROTON sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016. Selain nama rasmi model, slogan bagi Proton S70 diumumkan sebagai ‘Intelligence that Evolves’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong. Beliau juga mengesahkan bahawa semua cawangan PROTON akan mula menerima tempahan daripada pelanggan dengan bayaran sebanyak RM500. Jadi anda juga boleh dapatkan Proton S70 melalui cawangan Proton G-Mart Group dengan hanya klik sini.
“Proton S70 mencatatkan babak baharu bagi PROTON kerana kembali ke pasaran sedan keluarga dengan model yang menjadi evolusi seterusnya bagi model sedan kami. Dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan, dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi klac berkembar, kami mempunyai harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular dalam kalangan peminat. PROTON yang sedia ada dan yang baharu, serta membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini dipimpin oleh model seperti Proton Wira, Waja, dan Prevé,” kata Chunrong dalam satu kenyataan.
Harga Proton S70 bermula dari RM73,800, terdapat empat varian yang ditawarkan iaitu 1.5 Executive (RM73,800), 1.5 Premium (RM79,800), 1.5 Flagship( RM89,800) dan 1.5 Flagship X (RM94,800). Semasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.
Rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C. Kini segalanya terjawab setelah model tersebut diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya.Pada bahagian gril hadapan beliau telah menggantikan vertical slats dengan rekaan Infinite Weave yang telah menjadi ‘trademark’ sejak model Proton X70 lagi.
Rekaan dalaman Proton S70 yang lengkap dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.
Ruangan dalam kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta, sesuai dengan permintaan terkini di pasaran Malaysia. Berminat untuk dapatkan Proton S70? Boleh walk-in cawangan G-Mart Group di Proton Apeg Solution di Alor Setar dan Sungai Petani atau hubungi no dengan klik link ini.
Sumber Gambar : https://www.carbase.my/proton/s70