Perodua-eMO-EV-4-1200x800

Perodua EMO EV: SUV Kompak Elektrik Bakal Dilancarkan Suku Keempat 2025?

Perodua EMO EV: Revolusi Kenderaan Elektrik Kompak dari Perodua

Perodua kini dilihat semakin serius dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila model terbaharunya, Perodua EMO EV, dilihat sedang diuji dalam bentuk produksi sepenuhnya. SUV kompak elektrik ini dijangka menjadi pencabar terus kepada Proton EMAS 5 yang bakal dilancarkan.

 

Model EMO EV ini merupakan langkah penting Perodua dalam memasuki pasaran EV secara lebih kompetitif. Berdasarkan laporan awal, EMO EV bakal hadir dengan jarak perjalanan sekitar 410 km untuk sekali cas penuh — satu angka yang cukup memberangsangkan dalam kategori EV mampu milik.

Dari segi rekaan, EMO EV tampil sebagai sebuah SUV hatchback dengan elemen futuristik dan saiz yang seimbang, sesuai untuk kegunaan urban dan keluarga kecil. Dengan penggunaan platform EV khusus, ruang kabin dijangka lebih luas berbanding model konvensional.

Antara ciri yang DIJANGKA ditawarkan termasuk:

 

  • Reka bentuk moden dengan lampu LED penuh

  • Teknologi keselamatan aktif seperti A.S.A generasi baharu

  • Mod pengecasan pantas DC dan AC

  • Sistem infotainmen canggih dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto

Bilakah Perodua EMO EV Akan Dilancarkan?

Menurut sumber industri, pelancaran rasmi dijangka berlaku pada suku keempat tahun 2025. Ini bermakna pengguna boleh mula menantikan model ini menjelang hujung tahun ini, dengan tempahan dibuka seawal Oktober 2025.

G-Mart Sedia Bantu Anda Beralih ke EV!

 

G-Mart Group sebagai salah satu pengedar sah Perodua, juga bersedia untuk menyambut ketibaan EMO EV di showroom kami. Bagi anda yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut mengenai tempahan awal, insentif cukai EV, atau panduan pemilikan EV, jangan ragu untuk hubungi kami di G-Mart Group

Share this post

Scroll to Top