Baru pertama kali sertai G-Mart Auction? Jangan risau. Ini panduan ringkas dari pendaftaran sehingga pembayaran.
β Langkah 1: Daftar Sebagai Pembida (PERCUMA)
- Layari laman web: https://auction.g-mart.my
2. Daftar akaun pembida anda secara online
π Panduan daftar: https://auction.g-mart.my/portal/howtoregister.phpLelongan mingguan kami:
– Kajang (Simpang Balak) β setiap Rabu
– Subang (Kg. Melayu) β setiap Khamis
π³ Langkah 2: Tambah Kredit Untuk Membida
Untuk membida, anda perlu tambah kredit ke akaun anda.
Ini termasuk deposit (boleh dipulangkan) dan Premium Pembeli (yuran lelongan).
Jenis Kenderaan | Deposit | Premium Pembeli | Jumlah Kredit |
Kenderaan < RM100,000 | RM1,000 | RM700 | RM1,700 |
Motosikal | RM500 | RM300 | RM800 |
Kenderaan β₯ RM100,000 | RM5,000 | RM700 | RM5,700 |
π Cara pembayaran: https://auction.g-mart.my/portal/howtopay.php
ποΈ Langkah 3: Mula Membida!
Setiap kenderaan ada harga permulaan dan kenaikan bidaan tetap:
– π Kereta: RM200 setiap bidaan
– ποΈ Motosikal: RM100 setiap bidaan
– π Kenderaan > RM100,000: RM500 setiap bidaan
Jika anda menang, deposit anda akan ditolak dari harga akhir dan anda hanya perlu bayar baki.
π° Contoh: Bidaan Kereta & Motosikal
Contoh Kereta
Harga Akhir: RM12,000.00
Anda telah bayar: RM1,700.00 (RM1,000.00 deposit + RM700.00 premium)
π Baki perlu dibayar: RM12,000.00 β RM1,000.00 = RM11,000.00
JUMLAH keseluruhan yang anda bayar = RM12,000.00 + RM700.00 (Premium) = RM12,700.00
Contoh Motosikal
Harga Akhir: RM2,000.00
Anda telah bayar: RM800.00 (RM500.00 deposit + RM300.00 premium)
π Baki perlu dibayar: RM2,000.00 β RM500.00 = RM1,500.00
JUMLAH keseluruhan yang anda bayar = RM2,000.00 + RM300.00 = RM2,300.00
π¦ Selepas Menang Bidaan
- Kami keluarkan invois
2. Anda buat pembayaran penuh
3. Kami bantu urus tukar milik
4. Anda ambil kenderaan β mudah dan cepat!
π Perlu Bantuan?
Hubungi Pasukan Lelongan Kami:
– Kajang (Simpang Balak): 03-8741 1550
– Subang (Kg. Melayu): 03-7847 1722
π‘ Tip: Anda boleh lihat kenderaanΒ di stor kami sebelum lelongan.
Semak jadual di laman web: https://auction.g-mart.my