Menyertai lelongan boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan juga menjimatkan. Tapi tanpa strategi, anda mungkin tersilap langkah dan bayar lebih dari sepatutnya.
Jadi, bagaimana nak bida dengan bijak dan menang kenderaan pada harga yang berbaloi?
Berikut ialah 5 tips mudah khas untuk anda yang baru bermula di G-Mart Auction:
1️⃣ Periksa Senarai Awal & Pilih Sasaran Anda
Setiap minggu, kami akan memaparkan senarai kenderaan di
laman web:
🔗https://auction.g-mart.my
Semak lebih awal dan pilih 1 hingga 3 kenderaan yang sesuai
dengan bajet anda. Jangan tunggu hari lelongan baru nak pilih!
2️⃣ Datang Hari Viewing — Tengok Sendiri Kenderaan
📍 Simpang Balak Kajang: Selasa & Rabu pagi
📍 Kg. Melayu Subang: Rabu & Khamis pagi
Anda boleh periksa luaran badan kenderaan, periksa bahagian enjin dan dalaman (jika kenderaan tersebut mempunyai kunci).
Anda boleh dapatkan Senarai Kenderaan Lelong satu hari sebelum hari lelongan kami untuk setiap lokasi, boleh dimuat turun dari website kami. Di senarai itu nanti boleh kenalpasti kenderaan yang mempunyai kunci atau tidak.
Jangan hanya bergantung pada gambar, melihat sendiri lebih meyakinkan.
3️⃣ Tetapkan Bajet & Harga Maksimum
Sebelum lelongan bermula, kira:
- Harga maksimum yang anda sanggup bayar
- Tambah Premium Pembeli (contoh: RM700 untuk kereta)
Contoh:
Kalau bajet anda RM12,000 termasuk premium, maka harga akhir bidaan jangan lebih RM11,300.
4️⃣ Pantau Bidaan Secara Aktif
Lelongan bermula jam 2:30 petang, apabila NOMBOR Lot yang anda minat muncul, fokus dan bersedia.
Jangan ikut emosi atau lawan harga terlalu tinggi. Bida secara strat
5️⃣ Bida Awal, Tapi Jangan Terlalu Awal
Letakkan bidaan pada saat sesuai, bukan terlalu awal, bukan terlalu lambat.
Ramai pembida akan masuk saat akhir, pastikan anda tidak terlepas saat akhir tersebut (countdown 8 saat).
💡 Bonus Tip: Jangan Letak Semua Duit Anda Dalam Satu Lot
Kalau ada lebih dari satu kenderaan yang anda minat, pecahkan bajet.
Kalau satu gagal, anda masih ada peluang di lot lain.
Sedia Nak Mula?
🆓 Pendaftaran adalah percuma
💳 Top-up kredit minimum RM1,700 untuk kereta atau RM800 untuk motosikal
📲 Cara Daftar & Bida di Sini
Sebarang pertanyaan, terus WhatsApp Nazrin:
👉 wa.me/60196974655