G-Mart Group dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan terbaharu kami — Proton 3S Apeg Solution yang kini telah mula beroperasi di Kangar, Perlis.
Alamat:
NO 1-11 JALAN SATU, Jalan Kampung Bakau – Padang Behor,
MEDAN SERI BAKAU, 01000 Kangar, Perlis.
No. Telefon: 011-1787 2565
Sebagai pusat 3S (Sales, Service & Spare Parts) yang lengkap, cawangan ini bersedia untuk memberikan pengalaman pemilikan kereta Proton yang lebih mudah, selesa dan berbaloi kepada warga Perlis dan kawasan sekitar.
Pelanggan digalakkan untuk mengikuti promosi terkini dari PROTON, yang boleh didapati melalui kami dari semasa ke semasa.

Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu: 8:00 pagi – 5:30 petang
Ahad: Tutup
Dari Pihak G-Mart Group & Apeg Solution:
“Kami amat berbesar hati dapat mengembangkan rangkaian G-Mart ke utara tanah air, khususnya di Kangar, Perlis. Pembukaan cawangan ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk lebih dekat dengan pelanggan dan menyediakan servis berkualiti dari segi jualan, servis dan alat ganti. Kami alu-alukan kehadiran anda ke Proton 3S Apeg Solution dan terima kasih atas sokongan berterusan kepada G-Mart Group.”

Untuk maklumat lanjut, temujanji servis, atau test drive model Proton terkini – hubungi kami di nombor tertera atau terus kunjungi cawangan kami hari ini.