WhatsApp Image 2025-07-19 at 11.45.15 AM

Pertama Kali Lawat G-Mart Auction? Ini Cara Daftar Kehadiran Anda

📍 Penting:
Pas Pelawat ini adalah wajib untuk semua pelawat yang ingin memasuki lokasi berikut:

  • G-Mart Auction Kampung Melayu Subang (Stor 1, Stor 2 dan Stor 3)
  • G-Mart Auction Simpang Balak, Kajang

Jika anda ingin melihat sendiri kenderaan yang akan dilelong, anda perlu mendaftar kehadiran terlebih dahulu.

Prosesnya mudah dan cepat.

🏢 1. Cari Kaunter Hadapan

Sebaik saja anda sampai di G-Mart, terus ke kaunter depan. Di sini, staf kami akan menyambut anda dan memberi arahan untuk mendaftar kehadiran.

WhatsApp Image 2025-07-23 at 5.07.09 PM

📱 2. Imbas Kod QR untuk Daftar

Staf kami akan tunjukkan kod QR untuk anda imbas menggunakan telefon bimbit anda. Ini akan bawa anda ke borang pendaftaran pelawat.

WhatsApp Image 2025-07-23 at 2.42.59 PM

📝 3. Isi Borang Secara Online

Selepas mengimbas, anda akan melihat borang mudah yang perlu diisi. Antara maklumat yang diperlukan termasuk nama dan nombor telefon.

📌 Peringatan Penting:
Sila Baca Peraturan, Terma dan Syarat sebelum anda setuju untuk mendapatkan Pas Pelawat kami.
1) Jika anda Bersetuju dengan syarat yang dikemukan bolehlah tekan butang seterusnya.

Picture1

2) Sila isi tempat kosong seperti yang ditunjukkan.

3) Setelah borang diisi, skrin akan memaparkan maklumat seperti yang ditunjuk. Anda tidak perlu menutup borang ini.

 

🎫 4. Dapatkan Pas Pelawat

Selepas borang dihantar, sistem akan menanda kehadiran anda secara automatik (masa masuk & lokasi akan dipaparkan dalam skrin anda).
Anda kemudian akan diberikan Pas Pelawat yang perlu dipakai sepanjang lawatan di dalam kawasan G-Mart Auction.

WhatsApp Image 2025-07-23 at 5.23.38 PM

🔁 5. Jangan Tutup Borang — Checkout Sebelum Keluar

Selesai melihat-lihat, jangan tutup borang di telefon anda.
Balik semula ke borang yang masih terbuka di pelayar telefon dan tekan butang “Checkout”.
Skrin akan menunjukkan ringkasan lawatan anda: masa masuk, lokasi, dan masa keluar.

Paparan di skrin akan menunjukkan anda sudah berjaya “Checkout”

✅ 6. Pulangkan Pas Pelawat

Akhir sekali, serahkan kembali Pas Pelawat kepada staf kami di kaunter sebelum anda meninggalkan kawasan lelongan.

💬 Soalan?

Jika anda perlukan bantuan semasa di lokasi, staf G-Mart sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Kami harap artikel ini dapat membantu memudahkan pengalaman pertama anda di G-Mart Auction.
Jumpa anda di tapak lelongan!

Share this post

Scroll to Top