WhatsApp Image 2025-07-30 at 2.58.24 PM

Nak Beli Motosikal Lelong di G-Mart? Ini Tips & Info Penting Yang Anda Perlu Tahu

Ramai orang tertanya-tanya…

“Ada ke motosikal murah kat G-Mart Auction?”
Jawapannya: Ya, ada. Tapi ada perkara penting yang anda perlu tahu sebelum beli.

🔎 Motosikal Ini Kebanyakannya Motosikal Tarikan Semula (Repossessed) sama juga dengan Kereta

✅ Kebanyakkan motosikal yang dilelong di G-Mart merupakan kenderaan yang ditarik balik oleh pihak bank atau panel kredit kerana pembeli asal tidak mampu melunaskan baki pinjaman.

Harga rizab (Reserve Price) atau harga permulaan ditetapkan oleh pihak bank, berdasarkan baki hutang tertunggak dan harga pasaran semasa.

WhatsApp Image 2025-07-30 at 2.58.23 PM
WhatsApp Image 2025-07-30 at 2.58.24 PM (1)

👀 Tips Viewing: Apa Yang Perlu Anda Periksa?

Sebelum anda membuat keputusan untuk membida, datang dan periksa motosikal sendiri di tapak viewing G-Mart Auction. Ini beberapa perkara penting yang perlu anda semak:

🗝️ 1. Ada Kunci atau Tidak

  • Semak senarai kenderaan lelong (‘Proclamation Of Sales’) untuk tahu sama ada motosikal ada kunci atau tidak.
  • Motosikal tanpa kunci tidak boleh dihidupkan semasa viewing, jadi perlu lebih teliti ketika pemeriksaan fizikal.
WhatsApp Image 2025-07-30 at 2.58.24 PM (2)

🔍 2. Keadaan Fizikal Motosikal

✔️ Periksa bahagian body, ada calar, kemek atau komponen hilang?
✔️ Periksa enjin, ada kebocoran minyak atau tanda rosak?
✔️ Lihat tayar dan rim jika masih dalam keadaan baik atau perlu diganti?

⚙️ 3. Bahagian Mekanikal & Aksesori

  • Periksa meter, lampu, suis signal dan bahagian elektrik.
  • Lihat sama ada motosikal masih ada cermin sisi, tempat duduk asal dan komponen penting lain.

📃 4. Semak Status Cukai Jalan & Maklumat Geran

  • Adakah cukai jalan masih sah? Jika ada.
  • No enjin dan chassis betul.

💡 5. Tahu Tujuan Pembelian Anda

Adakah anda:

  • ❓ Mahu guna motosikal untuk kegunaan sendiri harian?
  • ❓ Mahu beli untuk dibaiki semula dan dijual balik?
  • ❓ Mahu guna untuk projek atau tujuan ubah suai (modifikasi)?

Pastikan anda tahu apa yang anda cari, dan tetapkan bajet siap-siap.

WhatsApp Image 2025-07-30 at 2.58.25 PM

Share this post

Scroll to Top