WhatsApp Image 2025-08-01 at 5.22.07 PM

Tips Penting Semasa ‘Viewing’ Kereta, MPV, atau SUV di Lelongan G-Mart

Beli kenderaan di lelongan boleh jadi sangat berbaloi, tetapi untuk buat pembelian bijak, pembida perlu tahu apa yang perlu diperiksa terlebih dahulu semasa sesi viewing.

Sama ada anda pembeli peribadi atau pengusaha jualan kereta, berikut ialah aspek penting yang perlu diperhatikan:

WhatsApp Image 2025-08-01 at 5.22.07 PM (1)

🔑 1. Ada Kunci Atau Tidak?

Kenderaan yang datang bersama kunci memberi kelebihan kepada pembeli kerana anda boleh:

  • Hidupkan enjin dan dengar bunyi
  • Uji penghawa dingin, meter, dan sistem elektronik
  • Lihat sama ada enjin lancar atau ada bunyi pelik

📌 Nota: Semak senarai POS (‘Proclamation of Sale’) atau senarai lelongan sehari sebelum untuk tahu kenderaan mana ada kunci.

Jika tiada kunci adakah berbaloi untuk keluarkan kos sendiri memasang kunci baru?

🔍 2. Periksa Bahagian Luaran & Dalaman

✔️ Badan Kenderaan (Body)
> Ada calar besar? Kemek? Karat?
> Lihat ketulenan warna, kesan kemalangan, atau ubah suai badan.

✔️ Bahagian Dalaman (Interior)
> Periksa tempat duduk, dashboard, stereng, pedal dan konsol tengah.
> Ada kesan kebocoran air, kulat, atau rosak akibat kelembapan?

⚙️ 3. Pemeriksaan Enjin & Bahagian Mekanikal

  • Ada kesan kebocoran minyak?
  • Enjin bersih atau kotor melampau?
  • Tali kipas, hos, dan sistem penyejukan masih dalam keadaan baik?
  • Bunyi pelik ketika dihidupkan?
WhatsApp Image 2025-08-01 at 5.22.07 PM (2)

💡 4. Sistem Elektrik & Lampu

  • Cuba on suis utama, wiper, lampu hadapan, signal dan brek.
  • Periksa skrin infotainment (jika ada), power window, dan butang kawalan.

🛞 5. Tayar, Rim dan Suspensi

  • Tayar haus sebelah? Ini mungkin tanda ‘alignment’ tak betul atau masalah suspensi.
  • Lihat juga kondisi rim, adakah mempunyai tanda-tanda bengkok, retak atau calar teruk.

📜 6. Dokumen & Status Cukai Jalan

  • Semak status cukai jalan (sama ada aktif atau tamat tempoh).
  • Tengok nama atas geran jika ada halangan hak milik atau tidak?
  • Rekod lelongan akan nyatakan sama ada boleh tukar nama atau tidak.

📉 7. Periksa Nilai Pasaran

Sebelum bida, buat kajian harga pasaran semasa model yang anda minat. Ini penting untuk elak terlebih bayar ketika lelongan.

WhatsApp Image 2025-08-01 at 5.22.07 PM (3)

💡 Tips Bonus:

  • 📱 Muat turun senarai lelongan sehari sebelum auction dari auction.g-mart.my atau join group telegram kami di https://t.me/gmartauction , kami akan kemaskini senarai lelong atau sebarang berita di dalam group ini.
  • 📸 Gambar tidak mencukupi, bolehlah datang dan lihat sendiri lebih, anda akan jadi lebih yakin
  • 🧠 Sediakan bajet maksimum dan jangan bida ikut perasaan

📍 Jadual Viewing G-Mart Auction:

Simpang Balak, Kajang & Hulu Langat, Sg Serai, Selangor:
🕘 Selasa (9:00am – 4:00pm)
🕘 Rabu pagi (9:00am – 1:00pm)

Kampung Melayu, Subang:
🕘 Rabu (9:00am – 4:00pm)
🕘 Khamis pagi (9:00am – 1:00pm)

📲 Perlukan bantuan atau info tambahan?
WhatsApp Nazrin di: wa.me/60196974655

WhatsApp Image 2025-08-01 at 5.22.07 PM (4)

Share this post

Scroll to Top