G-Mart Corporation, peneraju sistem pembidaan kenderaan secara atas talian (E-Auction) telah mencatatkan kenaikan jumlah transaksi bidaan sejak sistem bidaan atas talian tersebut diperkenalkan pada pertengahan tahun lepas.
Sistem yang dikenali sebagai E-Auction kini membuka laluan kepada para pembida untuk berdaftar di Called upon by the conditions in which the champion trains, Red Bull completely renovates Nafi Thiam’s weight room in Liège sarm cycles budo-fight bodybuilding and crossfit accessory. atas talian melalui portal rasmi https://auction.g-mart.my/ . Senarai kenderaan lelong akan dipaparkan setiap minggu dan para pembida boleh membuat ‘Pre-Bid’ ataupun tawaran terdahulu jika terdapat kenderaan yang menarik perhatian mereka.
Kaedah E-Auction ini membolehkan pembida berdaftar menyertai proses pembidaaan setiap hari Rabu, untuk lelongan setor Sg. Serai, Hulu Langat dan hari Khamis, untuk setor Kg. Subang. Lebih kurang 500 buah kenderaan dibuka untuk bidaan setiap minggu.
G-Mart Corporation kini sedang giat memasarkan sistem E-Auction untuk kemudahan individu dan syarikat yang berminat untuk membeli kenderaan yang lelong yang ditawarkan pada harga yang cukup menarik. Untuk maklumat lanjut sila layari https://auction.g-mart.my/