WhatsApp Image 2025-05-27 at 2.20.00 PM (3)

Penambahbaikan Internet di Perodua G-Mart Kajang Bersama TM

Pada 19 May 2025, Perodua G-Mart Kajang telah menerima kunjungan daripada pihak Telekom Malaysia (TM) bagi tujuan pemasangan dan penyelarasan sistem internet mengikut piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh Perodua Malaysia.

 

Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen G-Mart Group dalam memastikan semua cawangan kami, termasuk Perodua G-Mart Kajang, sentiasa berada dalam keadaan bersedia dari sudut teknologi dan sistem komunikasi. Dengan adanya sokongan teknikal daripada pihak TM, pelaksanaan sistem internet di premis ini kini memenuhi standard yang ditetapkan oleh Perodua Malaysia – merangkumi aspek kelajuan sambungan, kestabilan rangkaian, dan keselamatan sistem.

Antara perkara yang telah dilaksanakan termasuk:

 

  • Pemasangan peralatan rangkaian baharu

  • Pengujian kelajuan dan kestabilan sambungan

  • Penyusunan semula struktur sistem sedia ada

  • Latihan asas penggunaan sistem kepada staf terlibat

Kami di G-Mart Group amat menghargai sokongan teknikal yang diberikan oleh TM dalam memastikan kelancaran urusan harian jualan dan operasi. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan kerja staf, malah turut memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik dari segi akses maklumat dan sistem pembayaran digital.

G-Mart Group komited untuk terus melaksanakan penambahbaikan dari masa ke masa demi memastikan kami selari dengan kehendak industri automotif dan teknologi semasa.

Share this post

Scroll to Top