Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Unit Kenderaan – Isu Pam Bahan Api Libatkan Pelbagai Model
Honda Malaysia telah mengumumkan satu panggilan semula (recall) melibatkan sebanyak 87,490 unit kenderaan bagi menggantikan pam bahan api (fuel pump) sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, terdapat dua isu berbeza berkaitan pam bahan api yang menjejaskan pelbagai model.

Isu Pertama: Impeller Mengembang
Isu ini membabitkan 84,073 unit model seperti berikut:
Honda Jazz (2015–2020)
Honda Jazz Hybrid (2018)
Honda City (2014–2019)
Honda City Hybrid (2018–2019)
Honda Civic (2017–2018)
Honda Accord (2013–2017)
Honda BR-V (2017–2018)
Honda HR-V (2015–2018)
Honda CR-V (2018–2020)
Honda Odyssey (2017–2019)
Masalah ini berpunca daripada impeller pam bahan api yang boleh mengembang apabila terendam dalam bahan api untuk jangka masa lama, menyebabkan enjin sukar dihidupkan atau mati secara tiba-tiba semasa pemanduan.

Isu Kedua: Pam Tekanan Tinggi Retak
Sebanyak 3,417 unit model terkini pula terjejas akibat retakan pada pam tekanan tinggi yang boleh menyebabkan kebocoran bahan api atau bau petrol kuat semasa memandu atau enjin melahu. Model-model terlibat ialah:
Honda Civic (2023–2024)
Honda CR-V (2024)

Langkah Seterusnya Untuk Pemilik
Honda Malaysia akan memaklumkan pemilik terlibat melalui surat pemberitahuan. Pelanggan juga boleh menyemak status kenderaan masing-masing melalui:
Aplikasi HondaTouch
Laman web rasmi Honda Malaysia
Talian bebas tol: 1800-88-2020
Semua kos penggantian ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia dan akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan alat ganti.
Penting untuk diketahui, model-model semasa yang sedang dijual TIDAK terjejas dengan isu ini.

Nak Beli Kereta Dengan Tenang? Pilih G-Mart Honda Jalan Pahang
Di G-Mart Group, kami bukan sekadar jual kereta – kami bantu anda buat pilihan yang tepat dan selamat. Dengan pengalaman luas dalam industri automotif dan proses pemeriksaan yang ketat, setiap kereta yang kami tawarkan adalah telah diuji, disahkan dan dipercayai.
📍 Nak beli Honda? Datang terus ke G-Mart Honda di Jalan Pahang!
Kami ada pelbagai model Honda baharu yang dijamin berkualiti. Sama ada anda sedang cari Honda City, Civic, HR-V atau CR-V – semuanya ada dekat sini dengan harga terbaik dan servis paling mesra pelanggan.
🚘 Kenapa pilih G-Mart Honda Jalan Pahang?
Unit Honda baru yang dijaga rapi
Boleh test drive di lokasi
Servis trade-in & pinjaman bank turut disediakan
Staf kami bantu dari A sampai Z – tak pening kepala!
📍 Alamat:
G-Mart Honda Jalan Pahang
Lot 12 , Seksyen, 85A, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
📞 Nak tanya dulu? Call/WhatsApp kami:
03-4022 8822
Jangan tunggu sampai stok habis – kereta idaman anda mungkin orang lain dah tengok dulu!
➡️ Singgah showroom G-Mart Honda Jalan Pahang hari ini dan rasai sendiri pengalaman beli kereta dengan tenang dan yakin.