Bilik pameran dan pusat servis kenderaan Perodua KJB Auto di Kajang kini kembali beroperasi sepenuhnya selepas ditutup sekitar dua bulan semasa PKP akibat pandemik Covid-19. KJB yang merupakan antara pengedar Perodua yang paling lama beroperasi adalah sebuah anak syarikat kumpulan automotif G-Mart Corporation.
KJB Auto, telah mula beroperasi secara berperingkat semenjak kelulusan yang diberikan pihak kerajaan negeri dan juga pihak Perodua Sales untuk membuka operasi pusat servis. Dengan pengamalan pelbagai langkah berjaga-jaga, pusat servis KJB Auto menerima pelanggan servis secara terhad.
Bilik pameran yang ditutup sejak 18hb Mac telah dibuka semula pada 4hb Mei berikutan kelonggaran dan menurut syarat-syarat yang telah diperkenalkan pihak Kementerian Kesihatan, Kerajaan Negeri dan juga Perodua Sales Sdn. Bhd.
Antara beberapa garis panduan wajib diamalkan adalah:
- Pendaftaran Pelanggan
Setiap pelanggan yang mengunjungi premis bilik pameran dan pusat servis Perodua KJB Auto akan didaftarkan setelah mengambil suhu badan. Sesiapa yang didapati mempunyai suhu badan yang melebihi 37.5 darjah Celsius akan diminta untuk meninggalkan premis.
- Pengunaan Topeng & Sanitasi Tangan
Para pelanggan diwajibkan memakai topeng muka selama berada di premis bilik pameran dan ruang menunggu kenderaan. Pemilik kenderaan juga harus membersihkan tangan meggunakan sanitizer yang tersedia sebelum berurusan Bersama penasihat jualan atau servis KJB Auto.
- Pandu Uji Bertemu Janji
Para pelanggan digalakkan supaya membuat temujanji terlebih dahulu untuk membolehkan penasihat jualan menyediakan kenderaan yang telah melalui proses sanitasi khusus. Langkah ini juga akan menghadkan jumlah pelanggan dan penasihat jualan pada suatu masa.
- Penjarakkan Sosial Semasa Pandu Uji
Hanya seorang pelanggan dan seorang penasihat jualan dibenarkan untuk mana-mana sesi pandu uji. Penasihat pelanggan akan menduduki kerusi penumpang belakang yang bertentangan dengan pemandu. Pelanggan dan penasihat jualan harus memakai topeng muka dan membersihkan tangan menggunakan sanitizer yang disediakan.
- Penerangan Tanpa Sentuh
Penasihat pelanggan kami akan membuat penerangan produk tanpa menyentuh bahagian-bahagian kenderaan dengan menggunakan sinar pen laser.
- Servis Bertemu Janji Sahaja
Pemilik kenderaan diwajibkan untuk membuat tempahan servis terlebih dahulu bagi mengelakkan bilangan pelanggan yang ramai sewaktu menunggu kenderaan diselenggara. Pemilik akan diberikan waktu yang tertentu untuk membawa kereta masing-masing ke pusat servis KJB Auto.
- Sanitasi Selepas Servis
Semua kenderaan Perodua yang dihantar untuk servis dan pembaikan akan dibersihkan dan disembur sanitiser sebelum dipulangkan kepada pemilik.
Selain daripada itu, bilik pameran dan pejabat KJB Auto akan dibersihkan selang waktu tertentu setiap hari. Kedudukan kerusi di ruang menunggu dan juga meja perbincangan telah ditetapkan untuk sentiasa berjarak 1meter antara satu sama lain.
Langkah-langkah yang diperkenalkan ini selari dengan normal baharu untuk membendung penularan Covid-19. KJB Auto berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan dan mengharapkan kerjasama semua pihak.
Bilik pameran Perodua KJB Auto terletak di Bangunan G-Mart Corporations – 10843, Jalan Cheras, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor dan juga sub-outlet di Batu 11 3/4, Jalan Hulu Langat. Untuk maklumat lanjut hubungi 038737 8605 (KJB Auto Kajang) atau 03-9082 0950 (KJB Auto Hulu Langat)