CarBid merupakan suatu aplikasi mudah alih yang bernaung di bawah G-Mart Corporation. Ia merupakan sebuah platform yang bertujuan untuk menjual stok kenderaan terpakai kepada para pembeli di seluruh negara melalui aplikasi mudah alih ini.
Antara yang menarik tentang aplikasi ini ialah ia merupakan sebuah platform baharu yang menggunakan ‘smart bid engine’, bidaan berjalan secara serentak dan tempoh untuk membida adalah lebih lama. Ia juga merupakan suatu sistem bidaan untuk kenderaan yang mempunyai dokumen yang telah disahkan.
Selain itu, setiap kenderaan yang telah disenaraikan untuk dibida akan melalui proses pemeriksaan terlebih dahulu bagi mengenalpasti keadaan kenderaan itu secara menyeluruh. Proses pemeriksaaan ini dilakukan dengan menggunakan sistem G-VIS (Vehicle Inspection System) dan segala laporan mengenai kenderaan itu akan boleh dilihat oleh para pembida yang berdaftar melalui CarBid.
Dengan menggunakan aplikasi ini, pembida boleh mencari kenderaan yang diingini dengan mengisi di kotak ruangan carian dan tapisan (search and filter box) dan melaraskan parameter tertentu mengikut kehendak pembida. Sewaktu bidaan sedang berlangsung, pembida boleh melaraskan tetapan seperti kenaikan bidaan (bid increment) dan sebagainya.
Semua pembida yang berdaftar, akan menerima notifikasi sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mengetahui masa pembukaan dan tamatnya sesi bidaan. Pembida hanya perlu membayar premium sebanyak RM600 jika berjaya memenangi bidaan tersebut.
Segeralah muat turun aplikasi CarBid ini di Google Play dan juga di App Store atau daftarkan diri anda di http://carbid.my/v1/register.php untuk menyertai bidaan ini. Anda dijamin akan berpuas hati dengan harga dan kenderaan yang ditawarkan. Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang CarBid, hubungi 013-2757866 (Hilmi) atau 012-2621178 (Nick).