Panduan Untuk Pembida Baru di G-Mart Auction
Jika ini kali pertama anda menyertai lelongan kenderaan, anda mungkin akan perasan satu istilah yang sering digunakan iaitu “As Is Where Is Basis”.
Tapi, apa maksudnya sebenarnya?
📌 Definisi Ringkas:
“As Is Where Is Basis” bermaksud:
👉 Kenderaan dijual dalam keadaan semasa dan di lokasi semasa, tanpa sebarang pembaikan atau jaminan.
Dengan kata lain, pembida membeli kenderaan tersebut sebagaimana keadaannya waktu dilihat, tanpa sebarang tuntutan selepas lelongan berakhir.
❗ Kenapa Ini Penting Untuk Anda?
Kenderaan lelong bukan seperti beli dari kedai, tiada warranty, tiada janji bahawa ia 100% sempurna.
Sebab itu penting untuk datang lihat sendiri keadaan kenderaan sebelum membida.
🔍 Bila Nak Datang Tengok?
📍 Simpang Balak, Kajang
- Lawatan: Hari Selasa (9am – 4pm) dan Rabu pagi (9am – 1pm)
- Lelongan bermula Rabu 2.30pm
📍 Kg. Melayu Subang, Subang
- Lawatan: Hari Rabu (9am – 4pm) dan Khamis pagi (9am – 1pm)
- Lelongan bermula Khamis 2.30pm
Anda boleh datang lihat enjin, (jika kenderaan tersebut mempunyai kunci) dan juga keadaan luar & dalam.
🧠 Tips Bijak Sebelum Membida:
✅ Baca dengan teliti ‘Proclamation of Sale’ setiap kenderaan
✅ Periksa dokumen & gambar yang disediakan
✅ Datang hari viewing untuk lihat sendiri
✅ Tahu bajet & hadkan harga maksimum bidaan anda
📝 Ingat!
Semua pembelian adalah muktamad, dan tiada bayaran semula akan dibuat jika anda tidak puas hati selepas menang bidaan.
🤝 Nak Cuba? Kami Sedia Bantu
Berminat untuk mula membida?
Daftar akaun percuma hari ini: auction.g-mart.my
📲 Sebarang pertanyaan? WhatsApp terus Nazrin di wa.me/60196974655