WhatsApp Image 2025-07-12 at 11.51.52 AM

Nak Lelongkan Kenderaan Anda di G-Mart? Ini Langkah-Langkahnya

Pelupusan aset syarikat tidak semestinya rumit. Di G-Mart Auction, kami memudahkan proses untuk anda sebagai penjual, dari awal hingga akhir.

Jika anda mempunyai kenderaan yang ingin dijual atau dilupuskan, berikut adalah tatacara yang mudah:

G-Mart Auction Simpang Balak
G-Mart Auction Kg. Melayu Subang
G-Mart Auction Hulu Langat
Previous slide
Next slide

📞 1. Hubungi Pasukan
Lelongan Kami:

📍 Simpang Balak,
Kajang
: 03-8741 1550
📍Kampung Melayu, Subang: 03-7847 1722

Atau WhatsApp
👉Klik WhatsApp: wa.me/60196974655


📝 2. Isi Maklumat
Kenderaan

Hanya salin dan isikan maklumat di bawah, kemudian hantar
semula kepada kami melalui WhatsApp:

Nama pemilik kenderaan: 

Alamat lokasi kenderaan: 

Kondisi (Vehicle Condition): Running / Not Running 

Status sah cukai jalan (Roadtax Validity): Valid / Not Valid 

Nama atas geran kenderaan: 

Salinan geran (Copy of VOC): Yes / No (boleh hantar dalam
bentuk gambar atau PDF)


🔍 3. Pemeriksaan &
Penilaian Kenderaan

Setelah maklumat diterima, kami akan aturkan lawatan untuk
pemeriksaan kenderaan.

  • Menilai
    keadaan kenderaan
  • Mengambil gambar berkualiti
  • Menentukan harga cadangan permulaan untuk lelongan

✍️ 4. Pengesahan &
Penyenaraian

Jika anda setuju dengan penilaian dan terma, anda akan
menandatangani borang pengesahan bahawa kenderaan anda sedia untuk dilelong.


📅 5. Disenaraikan Dalam
Slot Lelongan Mingguan

Kenderaan anda akan dimasukkan ke dalam salah satu slot

lelongan kami yang dijalankan secara mingguan.
Pasukan kami akan uruskan semuanya — dari penyediaan gambar, paparan dalam
sistem, sehingga proses jual beli selesai.

Adakah syarikat anda mempunyai kenderaan, jentera atau peralatan lama yang tidak lagi digunakan dan hanya tersadai? Ataupun kenderaan yang sedia ada?

Daripada membiarkan nilainya susut, apa kata tukarkannya kepada wang tunai dengan cara yang mudah dan telus melalui platform e-Auction G-Mart?

Previous slide
Next slide

🎉 Mudah kan?
Tidak kira jumlah kenderaan, kami bersedia membantu anda menjualnya.

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang persoalan, jangan segan untuk menghubungi kami.

Share this post

Scroll to Top