Masih ramai yang masih beranggapan bahawa mereka harus berbaris berjela-jela dengan jarak satu meter antara satu sama lain di luar JPJ atau pejabat pos untuk urusan memperbaharui roadtax dan insurans. Kalau anda merupakan salah seorang atau mengenali seorang yang ingin berbuat demikian, hentikan segera dan layari jomroadtax.my.
Portal jomroadtax.my dilancarkan oleh G-Mart Corporation Sdn Bhd, sebuah konsortium automotif di Kuala Lumpur. Para pemilik kenderaan hanya perlu megisikan beberapa butiran asas mengenai kenderaan dan pemilik untu mendapatkan sebutharga daripada beberapa syarikat insurans terkemuka.
Pemilik kenderaan juga boleh membuat pilihan untuk perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin hadapan, banjir, malapetaka semulajadi dan sebagainya. Cukai jalan atau roadtax akan di kurier segera ke rumah atau tempat bekerja pemilik kenderaan tersebut.
Ianya begitu mudah, dan sekiranya terdapat sebarang halangan untuk memperbaharui cukai jalan seperti saman polis atau JPJ yang disenarai hitam, pegawai pelanggan G-Mart akan berhubung dengan pemilik kenderaan untuk membuat bayaran tersebut dahulu.
Jadi anda tidak perlu membuang masa dan mendedahkan diri kepada risiko wabak penyakit Covid-19 tanpa keperluan. Layari jomroadtax.my dan selesaikan urusan anda di atas talian.