Perodua Aruz-Anjakan Gaya Hidup

Perodua secara rasminya telah melancarkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru, iaitu Perodua Aruz dimana kenderaan ini telah menerima lebih daripada 2,200 tempahan sejak awal Januari.

Antara ciri-ciri piawaian keselamatan Perodua Aruz termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara, ditambah juga sistem Bantuan Keselamatan Canggih (ASA) 2.0 dengan pengesan pejalan kaki dan peningkatan kelajuan operasi pada peningkatan berbeza-beza. Perodua Aruz juga merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) keempat yang dihasilkan dari syarikat Perodua dengan 95 peratus daripada komponennya adalah daripada sumber tempatan.

Kebanyakan pembeli menyukai Perodua Aruz kerana ia mempunyai ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat dalam kenderaan mewah lain malah ia juga sebuah kenderaan serba boleh, selesa, dan mempunyai ruang yang luas. Secara keseluruhannya, Aruz mempamerkan gaya hidup aktif dan sukakan cabaran yang digemari ramai.

Pandu uji Perodua Aruz sekarang di bilik pameran Perodua di G-Mart Jalan Cheras, Kajang.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi KJB AUTO SDN BHD (Kajang)

di talian 03 – 8734 0509

 

Share this post

Scroll to Top