Vios

Toyota Vios, ‘Dolphin & Dugong’ : Prestasi Cekap, Harga Mantap

Pada tahun 2003, Toyota telah melancarkan Vios pertamanya di Malaysia  yang dipanggil Vios, model ini juga dikenali sebagai Vios ‘Dolphin’, nama yang dipinjam dari Civic EG 90’an. Pada tahun 2007 Toyota telah mengeluarkan Vios generasi kedua yang dipanggil Vios ‘Dugong’ di mana istilah yang sering digunapakai dalam kalangan peminat kenderaan Vios di Malaysia kerana paras rupa seperti spesis ikan tersebut. Sehingga tahun 2010, Vios ini telah terjual sebanyak 159,000 unit dan seterusnya menjadikannya sebagai salah sebuah kenderaan yang terlaris di Malaysia.

Kira-kira selepas lebih kurang 12 tahun Vios generasi kedua ini dilancarkan, ia masih mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pelik? Tidak ada yang pelik kerana Vios telah melakukan perubahan minor (minor change) yang membuatkannya sangat efisien dalam pemanduan. Encik Zulhilmi Roslan, seorang kakitangan dari CarBid di bawah kumpulan syarikat G-Mart Corporation, yang merupakan salah seorang penggemar dan juga pengguna model Vios Dugong berkata, “Model ini sangat menjimatkan bahan api di mana ia sangat membantu dalam mengurangkan belanja sewaktu kenaikan harga minyak yang mendadak pada masa tersebut”. 

Beliau juga menyifatkan prestasi enjin yang tahan lasak dan pemanduan yang cukup selesa sebagai faktor tarikan utama model ini. “Walaupun ramai berkata model ini secara fizikalnya kelihatan kurang menarik dan terdapat pihak yang beranggapan rupanya seperti muka ikan yang kesedihan semasa pelancaran Vios ini, kini ianya menjadi pilihan ramai jika dibandingkan dengan model jenama lain yang sama taraf dengannya,” kata saudara Zulhilmi.

Jika dibandingkan dengan model seiring dengannya iaitu Honda City dan juga Nissan Latio, Toyota Vios lebih berjaya menawan hati pengguna. Apa yang membuatkan pengguna ‘mencari’ semula Vios ini adalah kerana ia menggunakan enjin VVT-I (Variable Valve Timing with Intelligence) yang berkapasiti 1500 cc, yang menyumbang kepada penjimatan minyak. Secara puratanya Vios mampu memberi pulangan lebih 500km menggunakan 37L petrol, iaitu lebih kurang 14sen setiap kilometer sahaja. 

Penggunaan electrical power steering menjadikan stering lebih ringan jika kenderaan dipandu pada kelajuan yang rendah dan menaik secara beransur-ansur lalu membuatkan kenderaan itu menjadi lebih stabil pada kelajuan yang tinggi. Jika dilihat dari segi dalaman pula, Vios mempunyai ‘dashboard’ yang sangat ringkas dan bergaya serta pemegang stering yang dijahit dengan warna merah disekelilingnya, seterusnya menyerlahkan gaya ‘garang’.

Vios TRD Sportivo dan varian G, merupakan antara varian yang membuat ramai pengguna jalan raya ‘mengidam’ untuk memilikinya. Ini kerana TRD Sportivo mempunyai ciri-ciri yang sporty, dashboard ekslusif dan meter panelnya yang berada di tengah-tengah yang membuatkan pemandu senang untuk melihatnya. Kerusinya pula menggunakan kulit (leather seat model G) atau fabrik yang sangat selesa dan empuk buat pemandu dan penumpang menaikinya serta membuatkan penjalanan lebih mudah dan selesa hingga tiba di destinasi. Manakala, varian G yang bertransmisi automatic, mempunyai butang tanpa kunci pada pemegang pintu untuk buka dan tutup tanpa menggunakan remote. Dengan memiliki Vios ini pasti membuatkan pemandunya berasa ‘muda’ dan berjiwa remaja. Harga pasaran Toyota Vios ‘Dugong’ bermula daripada RM23ribu (tahun 2008) dan mampu mencecah lebih RM40ribu untuk model tahun 2013.

Toyota Vios “Dugong”
Toyota Vios “dolphin”

Untuk mandapatkan Vios pada harga di bawah harga pasaran, muat turun applikasi CarBid di:

Google Play

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.carbid.gmart&hl=en

atau App Store 

https://itunes.apple.com/my/app/carbid/id1413567277?mt=8

Jika anda ingin menjual kenderaan lama anda sila layari

www.jualkereta.my

Share this post

Scroll to Top