Honda HR-V Tampil dengan Empat Varian Baru

Bagi penggemar kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda kini menawarkan Honda HR-V baharu yang didatangkan dengan empat pilihan varian. Sport Hybrid i-DCD, RS, V dan E merupakan varian yang boleh dipilih dan terdapat di pasaran tempatan. Antara perbezaan yang terdapat  dalam kesemua varian ini adalah dari segi enjin dimana bagi varian Sport Hybrid, ia menggunakan enjin 1.5 liter (L) DOHC i-VTEC serta motor elektrik berkuasa tinggi yang turut dikuasakan bateri lithium-ion, ia juga dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac tujuh kelajuan. Malaysia merupakan negara di luar Jepun yang menjadi satu-satunya negara yang menggunakan sistem hibrid Pemanduan Dua Klac pintar (i-DCD) dalam segmen SUV kompak seperti yang diperkatakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Toichi Ishiyama.

Bagi Honda HR-V varian RS, V dan E, ia dijanakan oleh enjin 1.8 liter (l) SOHC i-VTEC, turut dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) bagi menawarkan keseimbangan prestasi dan penjimatan bahan api.

Terdapat lima pilihan warna yang boleh didapati iaitu Ruse Black, Modern Steel, Lunar Silver, White Orchid Pearl dan juga terdapat pilihan warna baharu iaitu Passion Red Pearl.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ingin tahu secara lebih terperinci mengenai Honda HR-V baharu yang menawan hati ini? Marilah ke Honda G-mart Autoworld yang terletak di:

5, Wisma W Shalihudin 1, Jalan Perusahaan Kiri, Kawasan Perusahaan Ringan, Setapak, 53200, Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh: 26 dan 27 Januari 2019

Masa: 10 pagi – 4 petang.

#carbid #gmart #jualkereta #honda Buy steroids for bodybuilding, sale of Dianabol in cowboy boots clenbuterol buy uk bordeau buy hgh bodybuilding home. #hr-v #jombelikereta #keretabaru

Share this post

Scroll to Top