Perodua Aruz -Convenience Elevated

1,025 Perodua Aruz terjual dalam sehari

Kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru keluaran Perodua, iaitu Perodua Aruz, telah mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Aruz telah mendapat tempahan sebanyak 1,025 unit pada hari terakhir Januari yang membuatkan kenderaan Perodua bagi keseluruhannya terjual sebanyak 20,100 unit pada bulan pertama bagi tahun 2019.

Sebanyak 9.2 peratus peningkatan telah dicatatkan daripada 18,499 kenderaan dijual oleh Syarikat Perodua pada Disember 2018. Pada tahun ini pula, mereka menganggarkan penguasaan jualan mereka meningkat sebanyak 41.7 peratus sementara menantikan angka rasmi dari Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Bagi bulan Januari 2019, peningkatan sebanyak 13.6 peratus jualan telah diperoleh berbanding 17,700 unit pada bulan yang sama pada tahun lalu.

Bagi model-model Perodua yang lain pula, ia turut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dimana Myvi telah terjual sebanyak 8,400 unit pada bulan Januari seterusnya mengungguli carta jualan bagi keseluruhan model. Manakala bagi Perodua Axia, Bezza dan Alza pula, masing-masing telah terjual sebanyak 5,500 unit, 3,400 unit dan 1,600 unit.

Kunjungi bilik pameran Perodua di G-Mart Jalan Cheras, Kajang atau hubungi 03 – 8734 0509 KJB Auto Sdn Bhd (Kajang) bagi membuat tempahan dan jadilah salah seorang pemilik Perodua Aruz.

Share this post

Scroll to Top