G-Mart Corporation Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat insurans antarabangsa ALLIANZ, telah melancarkan portal digital untuk pemilik kenderaan memperbaharui insurans Bodybuilding: what exercises and diet for beginners parabolan 100 10ml vial 100mgml printerce improvise: online reading the guide to gaining natural muscle “bodybuilding book”: hypertrophy pdf english. dan cukai jalan. Inisiatif ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berada di fasa ke-3 dan juga normal baharu yang mengalakkan transaksi tanpa interaksi secara langsung.
Dengan portal GetRoadTax.My pemilik kenderaan hanya perlu megisikan beberapa maklumat asas iaitu, nombor kad pengenalan, nombor kenderaan dan poskod untuk mendapatkan sebut harga insurans serta merta dan seterusnya membuat bayaran untuk pembaharuan.
Selain itu pemilik kenderaan juga boleh membuat pilihan tambahan perlindungan untuk cermin, banjir, liabiliti penumpang dan sebagainya. Pemilik kereta akan mendapat perlindungan tambahan RoadWarrior manakala pemilik motosikal, khususnya motosikal berkuasa besar akan mendapat pilihan BikeWarrior, suatu program perlindungan khas oleh Allianz.
Untuk urusan pembaharuan cukai jalan pula, pegawai perhubungan pelanggan G-Mart akan berhubung secara terus dengan pemilik untuk mendapatkan maklumat penghantaran kurier. Urusan secara atas talian ini sudah pasti akan mengurangkan keperluan perjalanan dan hubungan dengan orang lain sewaktu musim PKP dan jangka panjang yang akan datang.
Untuk mendapatkan maklumat, sebut harga dan sekaligus membuat pembaharuan insurans dan cukai jalan anda, sila layari www.getroadtax.my.