Hibrid Penyelamat Alam

 

Dalam dunia yang serba canggih ini, banyak syarikat pengeluaran kereta sedang bersaing sesama mereka dalam penghasilan kenderaan yang mesra alam. Ini juga sedikit sebanyak merupakan usaha dalam membantu mengurangkan kadar pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap kenderaan bagi menyelamatkan dunia yang semakin uzur ini. Namun, tahukah anda apa itu hibrid?

Hibrid merupakan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk memacu generator dimana ia akan menjana motor elektrik. Apa yang membuatkan kenderaan hibrid ini jauh lebih baik berbanding kenderaan biasa yang menggunakan minyak petrol, adalah kenderaan hibrid menghasilkan gas karbon dioksida (CO2) yang kurang berbanding kereta biasa kerana pembakaran dalam enjin adalah sedikit, justeru dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol pada setiap bulan. Terdapat dua jenis kenderaan hibrid dan mempunyai cara fungsi yang berbeza. Pertamanya ialah kenderaan hibrid konvensional. Hibrid ini terbahagi kepada dua, iaitu hibrid penuh dan hibrid sederhana. Hibrid penuh berfungsi dengan terhasilnya tenaga dari enjin sahaja, dari bateri sahaja atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi hibrid sederhana pula, kenderaan tidak mampu bergerak secara sendirinya tanpa mendapat sokongan daripada enjin.

Jenis hibrid yang seterusnya ialah hibrid plug-in. Hibrid plug-in ini berbeza dengan hibrid konvensional kerana ia merupakan gabungan daripada hibrid konvensional dan kereta elektrik, dimana ia mempunyai kelebihan dari segi keretanya yang boleh dicas dengan menggunakan sumber elektrik dari luar walaupun kenderaan sedang bergerak. Kenderaan yang menggunakan hibrid ini mampu untuk pergi jauh dengan hanya menggunakan tenaga elektrik sahaja. Hal ini kerana ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar berbanding kenderaan hibrid yang lain.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah tidak kira apa pun jenis kenderaan yang dipakai, setiap kenderaan mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan setiap individu mempunyai citarasa dan pilihan yang berbeza. Bagi penggemar kenderaan hibrid, Honda baharu iaitu Honda HR-V telah secara rasminya berada di bilik pameran G-Mart Autoworld 3S Center dimana salah satu variannya adalah hibrid.https://www.honda.com.my/model/hybrid/hrv

Honda HR-V Hybrid baharu yang menawan hati

Anda boleh memiliki Honda HR-V baharu ini dengan harga bermula dari RM 120,460 atau anda juga boleh ‘trade-in’ kereta lama anda dengan mendaftar ke http://jualkereta.my/. Anda boleh lawati bilik pameran di G-Mart Autoworld atau menghubungi talian 03 – 4021 2104.

Share this post

Scroll to Top